Posted by: atul | October 8, 2011

Genap seminggu :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Genap seminggu kehidupan aku di UNISEL. Orentasi pun dah tamat. Mungkin ada yang masih tak tahu yang aku menyambung pengajian disini. Hanya yang terpilih je kot aku beritahu, even kawan-kawan pun ada yang masih tak tahu. Ini jalan yang aku pilih, jadi kehidupan aku bakal bermula disini. So far kat sini sangat best. Bermula hari pertama sehingga sekarang Allah permudahkan segala-galanya. Bersyukur sangat dikelilingi housemate, roomates yang sangat memahami. Jadi katsini nak highlight sedikit sepanjang seminggu disini. Seminggu SAHAJA dahulu!

Hari pendaftaran : Semuanya berjalan lancar walaupun lost pada permulaan tapi dengan bantuan pihak yang bertanggungjawab, selamat juga mendaftar.

Minggu orentasi : Sangatttt awesome!! Fasilitator yang sporting dan auu suka tahap tak boleh nak kata. Sepanjang minggu pelbagai aktiviti yang disusun berjalan lancarr. Even kaki melecet tapi tahan jelah. Dalam hati Tuhan jela tau betapa seksanya nak berjalan. Walaupun akak pertolongan cemas asyik ulang-ulang ayat sapa yang melecet jumpa dia, tapi aku tak jumpa pun. Malas nak mengada sangat. Takpelah Biar ku ubati lukaku sendiri.EEE plezz!!

Housemate & roomates pun sangat ngam dengan jiwa aku. InsyaAllah. Housemate bilik lain semua dari fakulti berlainan tapi bila bersembang rasa macam dah lama kenal. Paling tak di sangka dapat pulak roommates sama kos dan yang penting dari Kelantan jugak. Memang havoc la bilik. Setiap malam duduk kat ruang tamu borak sampai tengah malam sambil kudap-kudap. Tak hingat nak tidur. Kat ruang tamu lah kita orang makan sama-sama, study sama-sama, berborak mestilah sama. Kalau berborak sorang tu something wrong latuh. Kitaorang biasa letak makanan atas meja, nak makan ambil je. Satu lagi yang paling pelik kitaorang selalu tidur sekatil. Dahlah katil single tidur pulak berdua. Sweet kot…haha. Padahal penakut. Kekadang aku tidur sekatil dengan roomates aku sendiri, kekadang masuk bilik sebelah sampai satu bilik lima-lima orang tidur sekali. Bilik lain biarkan kosong. Hari lain dorang pulak datang bilik kita. huhu. Bila pikir cam lawak jer bilik sendiri ade tidur bilik orang lain jugak. ^_^ Tapi next sem tak tau dapat satu rumah lagi ke tak, memang dah pakat nak jumpa residen kitaorang nak rumah sama! Nak duduk sama-sama lagi taknak duduk dengan orang lain. Hahak~!

Mungkin itu dulu setakat nie. Sebenarnya banyak lagi nak citer tapi hari nak hujan, kilat sabung menyabung. Tambah-tambah lagi maggi aku rendam pun dah kembang. Nanti tak sedap. Makan dulu. Hihihik.

Wassalam~

Advertisements
Posted by: atul | August 24, 2011

Makaroni bakar :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Untuk entry terdahulu dah kata nak buat makaroni bakar kan? Selepas 2 hari bahan-bahan menunggu ketibaan tuan membuatnya, maka hari ini tertunaila jugak hasrat hati tuannya itu. End of the story!

Eh belum lagilah! Takkan baru mukadimah dengan sekapur sireh dah tamat kut. Cuma harini nak share resepi MAKARONI BAKAR. Tak susah pun nak buat, yang penting kena rajin je. Kalau tak rajin tapi nak buat jugak, buatlah. Apa ada hal! hehe~ Jom harini chef amatur akan tolong ajarkan. Simple je tak susah pun. Buat sambil tutup mata pun jadi. Jadi hangus! OK. Lets’s cekidouttt~~

BAHAN-BAHANNYA

-Makaroni (wajib!) *rebus dulu nanti*

-Daging cincang/ayam pun boleh,cincang halus

-3 ulas bwg putih (mayang)

-1 biji bwg besar(mayang)

-Beberapa sudu cili kisar

(kalau suka pedas,letak ikut kepedasanlah! Kalau chef, chef guna 5 tangkai cili kering, kalau sememangnya cili sudah siap blend, nak masuk 5 sudu pun boleh! XD Tahap kepedasan jangan tanya chef! )

-Serbuk kari (dalam 1 sudu besar)

-Sosej (ikut suka nak berapa)

-Keju/Cheese ( Lagi banyak lagi sedap. kut )

-Garam+Gula (wajib!)

*kentang nak letak pun boleh, pastikan rebus dan lecekkan die*

BAHAN B (KASTARD)

-3 biji telur

-3 sudu besar tepung gandum

-1 cawan susu cair

*bancuh ketiga-tiga diatas dalam bekas lain*

Cara Penyediaan

1-      Tumiskan bahan yang dimayang seperti bwg besar, bwg putih smpai kekuningan. Seterusnya masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau! Kalau nampak sampai tahap kering, letak sedikit air. Takut hangit pulak nanti. Jangan terlalu banyak air, nanti nak letak daging, air dari daging pula akan keluar. Nanti berganda-ganda pula airnye. Ok chef membebel! Nextt~

2-      Agak2 dah naik minyak semua, (bkn kauorang yg naik minyak) Masukkan daging cincang. Kacau-kacau biar rata kendian masukkan sosej! Tengok dah hampir kering, sebati semua sosej, daging pun dah masak boleh masukkan MAKARONI yang direbus serta garam gula. Kacau rata dan tutup api.

3-      Masukkan makaroni yang telah digaul tadi kedalam loyang,,sedikit dahulu. Letakkan ( bahan B,kastard) diatasnye, kentang dilecek dan keju/cheese, masukkan makaroni lagi dan ulang secara berselang seli. Chef malas nak cakap banyak.

4-   Bakar makaroni tadi selama 45 min dalam suhu err err chef tak guna suhu-suhu. Maaflah. huhu

5-    Siap dimakan beramai-ramai. Buat banyak bolehlah makan ramai, kalau buat sikit, makan sorang nampak! Buat banyak boleh kongsi juadah dengan jiran, tak rugi pun dapat pahala lagi. ^^

Itu sahajalah yang boleh chef ajar. Simple je kut. SELAMAT MENCUBA!

Nota kaki: Boleh juga kalau bwg besar, bwg putih, lada kering nak blender je. Chef blend je semua tu, lambat sangat nak mayang. wakaka! Chef kerja semua nak cepat je. Kalau taknak blend, bolehlah mayang, tumisan nanti nampak bwg2 yg dimayang tu 😉

Wassalam

Posted by: atul | August 18, 2011

SHOPPING :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pagi semalam shopping raye untuk kali kedua. Yay! besttt sangat kali ini umi turut serta. First keluar dengan abah,adik-adik aje. Umi penat tak dapat nak ikut. Habis tawaf satu Pasir Mas balik dapatlah aku tudung sehelai. Jadilah daripada tak dapat apa-apa hanya dapat letih je kan. Tapi kali KEDUA nie dengan umi sekali, destinasi yang dituju mestilah Kota Bharu. hihi. Disebabkan kekadang je dapat pergi KB macam excited cikit. hehe. Ambil kesempatan cuti nuzul al-Quran keluar, kebetulan abah tak kerja, nie je hari yang ada untuk shopping raye. Umi kata kalau 10 yang terakhir nak keluar, mesti dah sesak tambah-tambah kalau nak raye, anak-anak perantau semua balik. Alhamdulillah sekarang dah duk kelantan, beli siap-siap!

Tempat yang ditujui

Salem Aziz Textiles–> Ini jela tempat jual kain pasang yang selalu terjah. Umi kata nak beli kain pasang untuk aku dengan adik-adik yang lain. Kakak aku di-KECUALI-kan, sebab die dah beli awal daripada yang lain. hehe. Kami-kami je yg takde lagi. Pergi sini setakat cuci mata jer, tengok harga bapak mahal satu-satu kain, tak jadila nak beli. Cantik memang cantik harga pon CANTEKK! Lepas dah cuci mata keluar menonong camtu aje. Nampak telekung cantik-cantik belaka. Bersulam tebal, manik-manik lagi perghh tu telekung ke ape? Mula-mula umi kata kalau nak ambil jela, tapi tengok harga terus tak jadi. RM60-70 keatas. Haa memang padan sangat dengan hiasannye. Tak sesuai untuk kami adik beradik pakai telekung mahal-mahal sangat,,kalau anak tunggal takpelah. Dan aku pon tak tergamak nak beli mahal-mahal even tuk buat sembahyang je pun. Takpelah, manalah tau kan nanti hantaran aku dapat telekung mahal. Hantaran baru berbaloi. LOL. Jadi,,jom ke destinasi seterusnye :p

Bazar Buluh Kubu–> haha. yeke nie? Yela kot nama die. Abah yang bawak, abah mahir juga tempat-tempat kat KB nie. Masuk sini jalan-jalan sambil cuci mata jugak. Pelik sungguh kan,,bila nak memborong asyik cuci mata je. (shopping ke cuci mata?!). Jom ke destinasi seterusnya pulaklah 😀

Pasar Siti Khadijah–> Sampailah kami katsini pulak. Eleh sebelah je pun dengan BBK. hahaha. Dekat PSK inilah baru dapat apa yang di idam-idamkan. Anak dara dapat kain telekung sepasang sorang. Harga pun below RM50. Padanlah untuk kitaorang, tak mahal terlajak dan tak murah jugak. hehe. Sesuailah untuk orang membeli belah katsini. Harga tak mati malah hidup. Tawarlah setakat mana yang anda mampu, kipas tuan kedai tu komfem cair jugak, jangan sampai melampao2 pulak..kikiki~ Lepas dah beli, borong bahan basah pulak. Dalam satu pasar macam-macam ada jual kain, ikan, sayur, macam-macam!hahaha. Maklum jela tempat aku dulu, takde pasar yang campur-campur jual bahan basah kering camnie. haha!

Tak habis lagi shopping kitaorg, tempat seterusnya Tesco! borong Beli kasut raya dan kain pasang. Masuk Nagoya akhirnya adik yang bongsu dapat kainnye. Umi offer suruh ambik mana kain yang berkenan, tapi takde nafsu nak beli. Lain kali jela umi ye. kikiki. Kasut pun dah dapat, bahagian seterusnya di Tesco yang aku suka terjah. ke bahagian barang basah. Memang suka bahagian nie coz dapat tengok macam-macam mende yang tak kenal. Umi dengan abah ke bahagian lain, kami adik beradik ke bahagian lain. Harini nak buat MAKARONI BAKAR. Mengidam tengok yang orang jual, nak beli kecik macam tak padan dengan harga..ekeke. Punyelah syok kiteorg adik beradik ambik bahan-bahannye, Umi tak tahu kemana hilang. Main timbang-timbang sana sini, (orang xnampak bolehlahh buat). Lepas ambil semuaa bahan baru beritahu umi dah ambil bahan buat makaroni bakar. HAHA! Umi tak kesah pun, asalkan anak die yang buat..hihi. Dah siap cari bahan makaroni, baru cari mana umi dengan abah. huhu

Dah lewat pon,zuhur asar di Tesco. Sampai rumah 7.30. Pergghh masak tak lagi, orang nak berbuka dah. Nak beli pun kedai banyak dah habis jualan. Maka petang semalam jadilah kenangan kami sekeluarga berbuka dengan murtabak, ayam golek dan maggie. HAHA! Tak pernah kami sekeluarga berbuka camtu. Best jugak sambil saling kena mengena,usik sesama sendiri. Kongsi makan cikit sorang. Mungkin lepas nie boleh buat lagi macam ini. SEMUANYA gara-gara balik lewat 😀 hehe, very very VERY UNFORGETTABLE MOMENTS!

Wassalam

Posted by: atul | August 11, 2011

Tak sepatutnya dibulan puasa :D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Untuk bulan puasa ini kali kedua aku update kan? Jadi macam mana dengan ramadhan kali ini? Harap-harap baik-baik ajelah. Nie pun dah masuk 11 ramadhan . 10  yang pertama penuh dengan kerahmatan sudah berlalu. Jadi puasa puasa jugak. Macam mana dengan pembacaan al-Quran? Mesti dah masuk banyak juzuk kan? Kalau macam tu baguslah. Solat yang wajib terus lakukan tapi solat sunat pulak cmne? Semoga kita sama-sama memperbanyakkan solat sunat dan zikrullah. Bulan ramadhan camni la masanya untuk kita berubah. 30 hari tu kalau betul-betul istiqomah dalam setiap amalan insyaAllah bulan lain pon dah jadi terbiasa. Dah macam tabiat kita je. Bulan ramadhan nielah bulan kte menilai diri dan nafsu kita. Bukankah?

Dalam bulan ramadhan nie jugaklah kita boleh tengok macam macam ragam orang. Ada yang berlumba-lumba buat kebaikan, ada yang setakat ala kadar je, atau ade ke yang tunjuk baik depan orang je belakang tak taulah perangai camne. Nauzubillah,semoga takdelah macam nie, bulan suci janganlah nak kotori macam tu je kan. Apepun jangan pandang belakang. Huhu. Setiap yang kita buat semua dalam perhatian-Nya. Ingat aku menulis Allah tak nampak? Apa yang aku tulis nie pon Allah nampak malah dinilai pula setiap apa yang aku taip :’)

Sudah berbalik pada tajuk, bulan ramadhan nie bukan SEMUA perkara yang kita suka buat di bulan lain, kita boleh buat dalam bulan ramadhan. Suka tahap apa pun kalau dah memang tak boleh, memang TAKBOLEH-Lah. Bukanlah beerti bulan ramadhan ni STOP sekejap, lepas habis nanti sambung balik menda kita suka buat. BUKAN! Ini bulan kita nak mentarbiah diri sendiri, bulan yang baik untuk pelan-pelan berubah. Jadi ada mende yang TAK SEPATUTNYA kita lakukan bulan ini. (bulan lain pon samalah!)

#Tak sepatutnya 1

Pakai seksi seksa

Tolonglah hormat sikit bulan ini. Pakailah pakaian yang longgar cikit, taknaklah yang ketat sampai boleh nampak segala isi badan. Hormatlah sikit kat orang yang puasa, mereka penat2 puasa sekali tertengok menda-menda yang TAK SEPATUTNYA tengok,.,tak ke kurang camtu je pahala. Lebih-lebih lagi lelaki, ingat kalau dorang puasa masih boleh kawal nafsu ke? Kesianlah kat orang lain jugak. Puasa bukan setakat tahan lapar semua, tapi kena jugak puasa mata, telinga, mulut, hati dan semualah! Yang pergi terawih pon satu hal. Oklah Alhamdulillah tergerak juga hati untuk berterawih bersama-sama, tapi yang peliknya nak jugak pakai seksi meksi nie. Tak rase bersalah ke, telekung pakai ok cantik semua tapi pergi selak pulak telekung. Itu apa kes?! Kalau pakai lengan panjang takpelah jugak. Ini…..aduhai tok imam tengok pon boleh jatuh serban kau. Tok bilal tak taulah. (imam kat kg aku muda lg) HAHA!

#Tak sepatutnya 2

In a relationship?

Bercinta? Tahu bercinta tapi kurangkan cikitlah hubungan tu ye. Kurangkan berjumpa, kurangkan pegang, sentuh-sentuh, kurangkan tepon menepon dan kurangkan mane yang patut kurang dalam hubungan tu. Kalau boleh jangan kurangkan bulan ini je. Bulan lain cubala jugak ye. Malas-Lah hurai panjang-panjang yang nih. Sendiri Mau Ingatlah! 

#Tak sepatutnya 3

Baran tak memasal

Ini pon satu kes. Nak marah pun beragak-agaklah. Tengok sesuai dengan keadaan ke tak. Ini tak, nak marah2 mengamuk xtentu pasal apa cerita? Kalau dah sejak azali lagi memang suka marah2 orang, mengamuk ke cubalah bawak-bawak bersabo cikit. Firman Allah “Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitungnya” (Az-Zumar :10). Bila marah mula la berapi-api, api pulak berasal dari setan, setan pulak dah kena ikat. Yang nak marah2 lagi apehal. Jangan kita pulak ambil alih kerja setan tu. Kalau rase nak marah bulan-bulan cmnie, ingatlah yang kita tengah berpuasa nanti tak pasal terkurang pahala puasa. Tak gitu? Ingatan bersama. Ngehehe :p

#Tak sepatutnya 4

Membeli secara berlebihan di bazaar ramadhan

Asal pergi bazaar je nafsu makan terus naik mendadak. Tahap apa pun taktahu nak kate. Tengok kuih tu nak, tengok lauk yang tu nak, tengok air lagi nak sampai taktau nak beli mana satu. Rambang mata. Biasalah fenomena nie memang selalu pun berlaku. Kerna nafsu kita diikutkan jugak lah beli itu ini supaya tak kempunan pulak nanti berbukakan. Membazir pun membazirlah takpe sekali sekala. Nafsu. Memang waktu kat bazarlah nafsu nak makan memang membuak-buak (ish dasyatnye). Mana tidoknya, waktu lapar pulak tu. Percayalah waktu tengah hari tengoklah makanan apapun mesti nak punya. Silap-silap nasi berkuahkan kicap berlaukkan telur adik makan pun kita boleh jadi terliur. HAHA! Makanya kawallah nafsu kita jangan sampai terlalu tamak dan mengundang pembaziran pulak. Beli ikut nafsu sampai bonet kereta pun tak muat nak isi makanan yang dibeli. ish3. Contoh.

#Tak sepatutnya 5

Berbuka tak ingat dunia!

Kalau dah tak ingat dunia, nak ingat pe lagi? Ingat akhirat? Kalau macam tu baguslah. Berbuka ingat akhirat tak ingat dunia. Hehe. Tadi kemain lagi pergi bazaar beli macam-macam kan, jadi nielah waktunya nak melantak habis-habisan yang dibeli tadi. Lepas dapat minum air dengan kurma beberapa bijik terasa kenyang dah. Kueh capai pon seketul dua je, kuih, lauk lain banyak lagi tapi dah kenyang bersandar. Siapa nak perabis semua makanan tadi? Kau? Ke aku? Ekekek. Oklah boleh sambung makan semua makanan tadi lepas terawih. Dah kenyang sangat harap-harap mampulah berterawih lagi. Kalonya balik terawih pun ada lagi bebaki, siapa nak makan? Kau? Aku? Jawabnya sedekah kat tong sampah ajelah. Bulan mulia macam nikan bagus bersedekah. Hmff! Kalau nak sangat bersedekah pergi mesjid sedekah makanan berbuka ke, takpun korang yang pergi berbuka kat mesjid. Banyak TAU makanan sane. Ekeke. Dah orang sedekah makan, makan ajela. FREE je pun. Diorang dah bersedekah, jadi kita terima jela amalan sedekah mereka. :p

#Tak sepatutnya 6

Tidak bersahur

Inipun mesti ramai dah tau yang kita tak digalakkan meninggalkan sahur, melainkan kalau terbabas waktu sahur. HAHA! Eh apesal aku gelak pulak. Silap-silap jangan gelak. Kita tidak digalakkan meninggalkan waktu sahur sebab dalam waktu tu ada keberkatan. Kalau pukul 1, 2 pagi kita nak kira untuk bersahur terus, itu BUKAN sahur. Itu makan tengah malam. Tidurlah dulu sekurang-kurangnya dan bangun sebelum waktu imsak. Lagipun kita disunatkan melewatkan waktu bersahur. Kalau dan malas sangat, mata pun tak boleh celik, rasa nak tumbang semacam je, nasi pon tak daya nak kunyah, sekurang-kurang makan sebijik kurma dengan minum seteguk air. Janji bersahur. (Nasi tak boleh kunyah, kurma larat pulak. Saje je kan). Jadi banyak hadis yang menggalakan kita bersahur. Contoh yang aku quote katsini :

Sabda baginda SAW : “ Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. ” :Hadis riwayat Ahmad.

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab yang lain ialah makan sahur.”  : Hadis riwayat al-Tirmizi.

#Tak sepatutnya 6

Main mercun

Tiap-tiap kali bulan puasa adalah natang alah ini. Raya toksah cakap banyaklah KONFEM ada. Satu hal. Tiap-tiap tahun jugak KONFEM ada yang putus jari, melecur sanalah sinilah sinunlah. Dah jadi kebiasaan. Sepatutnya (bukan sepatutnya main) kita main bunga api je tak boleh ke? Main mercun SERIUS bahaya giler kot. Meriam buluh tu lagilah BAHAYA. Kalau kita nak main pun boleh kalau niat tuk nak mengeratkan lagi silaturrahim antara kawan, family boleh je. Tapi janganlah sampai membazir perabis beribu-beribu beli mercun aje. Baik takpayah-Lah. Kalau ade orang macam nie, Hishh apo nak di katooo! Kekadang bulan puasa pun dah start main, nak main tunggu rayalah. Bulan puasa nak terawih lagi, kasihan makcik pakcik opah-opah, atuk kat mesjid nuh, nak sembahyang terawih tak senang, asyik terkejut je. Kalaunye ada sakit jantung, mau jalannn. Itu satuhal. Mak-mak yang ada anak kecik tak ke naik meradang jugak? Anak dia nak tidur takboleh. Asyik terkejut bunyi mercun berbalas meriam buluh je. Macam-macamlah! Dan yang lagi tak patut, dahlah main tak ajak aku pulak. Hehehe. Ajak aku main bunga api cukuplah, mercun layan jugak mercun bawang..agagaa 😉 Main mende ni memang best, happy je tapi kalau dah kena. Jawabnya meranalah seumur hidup. Happy kita hanya SEBENTAR merana SELAMANYA. Hurm ce pikio. Ce pikio cikit.

Oklah itu je yang mampu taip, sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah dulu. Kauorang pon mesti dah tau apa yang TAK SEPATUTNYA dilakukan bulan ini. Kalau tak tahu jugak, pergi tanya orang yang lebih tahu. Hihi. Selamat menempuh hari-hari yang seterusnya. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah. Aminnn~

Wassalam~

Posted by: atul | August 10, 2011

Rezeki melimpah ruah :O

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ramadhan yang kesepuluh. Adakah kita sudah berpuas hati untuk 10 yang pertama nie? 10 yang pertama nielah penuh dengan kerahmatan. Berbaki lagi 20, semoga kita semua buat yang terbaekkk! Oh harini malas type banyak-banyak sangat coz’ dah malam. Eceh taknak taip panjang konon, tapi kalau tangan aku gatal je nak taip, jangan salahkan aku pulak, salahkan tangan. Boleh ke camtu? Apa-apalahh~! Tapikan harini aku bersyukur sanad-sanad. Eh apesal cam orang bermanja-manja menaip pulak. Semula. Hari nie aku bersyukur sangat-sangat. Sebab ape? Sebab harini berbuka dengan macam-macam makanan. Wah rasa macam mimpi duduk kat syurga makanan je harini TAU. ( macam pernah masuk syurga je cara cakap. eish3) 😀

Bukan nak banggalah, tapi bersyukur sangat YA ALLAH sebab dapat makan mewah camni. Mungkin ada orang lain nak merasa sebutir nasi tu pun susah. Kita nie buang-buang je. Memang tak nafi, aku pon banyak membazir rezeki yang dapat. Tapi kalau dah takboleh makan jugak takkan nak paksa? OK-lah, nak makan ambil cikit-cikit je, ala kadar. Itu bagi yang makan kat rumah, yang berbuka dekat hotel, makan ala-ala buffet macam mana pulak ek? Best ke? Maunye tak best, mestilah best kan, bayar mahal dah tu boleh pilih nak makan ape-ape je. Tapi tak membazir ke? Bagi aku makan kat rumah ke hotel ke sama je. Macam Ustaz Kazim Elias kate, makan kat hotel boleh aje, sembahyang jangan lupa :p. Jadi jangan nak ngate sangatlah yang makan kat hotel gitu gini gini, sebab kekadang yang makan kat rumah pon mewah jugak. Sesetengah aje kot. Habis citer yang tu 😛

Nak tau arini berbuka dengan apa yang mewah sangat? Makanan biase tapi kalau banyak aku kategorikan mewah je. HAHA! Macam harini aku masak ikan errr (eh sorilah taktau ikan pe. Rupa macam bawal.agagaga). Kalau ikan tu hidup lagi boleh jugak aku tanya nama die apa. Masalah dah mati. hehe. Jadilah ikan errr masak sweet sour. Resepi yang paling senang kot bagi aku. Yang pasti umi puji. Umi kata dah lulus masak ikan macam nie dah rasa cam kat hotel. HAHA! Rase nak tersembur je makanan dalam mulut time tu jugak. hehe. Tapi tak bangga punlah, rasa puas sangat-sangat bila kita masak orang hargai. Serius puas sangat! Macam nak masak lauk nie jela hari-hari. HAHA! Lagi satu masak sayur campur dengan goreng telur.

Itu yang masak punya, kebetulan abah pergi bazar ramadhan harini lepas ambil adik aku. Jadi beli onde-onde, tauhu manisan (yg d’buat dr soya tu), dengan colek malas. Ingatkan tu lah lauk yang bakal kitaorang berbuka. Tup-tup datang pulak, mak sedara aku bersama emaknya (nenek akula), serta babynye yang comel, kiut muit punye pipi donat! Datang bukan dengan tangan kosong, datang semata nak bagi ikan percik, kueh-mueh dengan kalau tak silap jeruk pisang kot. HAHA! Pelik-pelik sungguh-Lah aku makanan Kelantan ini. Ohhh uniknyaa uniknyaa Kelantann! (nyanyi ikut lirik uniknya SINGAPURA ok!)

Jeng-jeng,.,.bertambahlah makanan berbuka hari nie. hehe. Dalam beberapa minit jiran sebelah rumah datang bagi mee goreng pulak. Pulak. Inilahkan rezeki Allah nak bagi, tak kira tempat, masa, mana-mana je boleh dapat tanpa diduga. hehehe~ Rezeki jangan ditolak, ambil ajela. Semalam kami memberi, hari kami mendapat. (pepatah baru. Salin2). Pikio-pikio lepas nie agak-agak sapa pulak nak datang ye? huhu~

Maka bersaksilah kauorang yang kami berbuka dengan makanan tu semua. Bukan sekaligus, simpan makan selepas terawih la pulak. Morehlah kiranya. Tapi banyak-banyak pun yang aku makan setakat mee goreng, colek itupun 2 suap je, tauhu. Sebabnya banyak minum air dari makan. hoho. Walaupun makan sikit tapi aku tetapi bersyukur dengan yang banyak. Syukur Alhamdulillah. Mungkin kita mewah sekarang tapi kelak kita tak tahu lagi kan. Jadi, sentiasa yakin dan percaya bahawa rezeki itu semua datang dari Allah dan pemberi rezeki itu juga adalah Allah. Manusia nie cuma perantara je 🙂

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (QS. Ibrahim [14]:7)

wassalam

Posted by: atul | August 7, 2011

Dimana kebahagiaan itu? new

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Harini nak kongsi satu cerita yang dapat dari satu forum. Mungkin ada yang pernah baca atau ada yang mungkin baru nak baca.

Konon pada suatu waktu, Allah memanggil tiga malaikatnya. Sambil memperlihatkan sesuatu Allah berkata, “Ini namanya KEBAHAGIAAN. Ini sangat bernilai sekali. Ini dicari dan diperlukan oleh manusia. Simpanlah di suatu tempat supaya manusia sendiri sukar menemukannya. Jangan ditempat yang terlalu mudah sebab nanti kebahagiaan ini disia-siakan. Tetapi jangan pula di tempat yang terlalu susah sehingga tidak ditemukan oleh manusia. Dan yang penting, letakkan kebahagiaan itu di tempat yang bersih”.

Setelah mendapat perintah tersebut, turunlah ketiga malaikat itu langsung ke bumi untuk meletakkan kebahagiaan tersebut. Tetapi dimana mereka meletakkannya? Malaikat pertama mengusulkan, “Letaklah ia dipuncak gunung yang tinggi”. Tetapi para malaikat yang lain kurang setuju. Lalu malaikat kedua berkata, “Letakkan ia didasar laut yang dalam”. Namun usul itu juga kurang disepakati.

Akhirnya malaikat ketiga membisikkan usulnya. Ketiga-tiga malaikat langsung bersepakat. Malam itu juga ketika semua orang sedang tidur, ketiga malaikat itu meletakkan kebahagiaan di tempat yang dibisikkan tadi. Bermula saat itu, kebahagiaan untuk manusia tersimpan rapi di tempat itu. Rupanya tempat itu cukup susah ditemukan. Dari hari ke hari, tahun ke tahun, kita terus mencari kebahagiaan. Kita semua ingin menemukan kebahagiaan.

Haa? Tapi tahukah kita dimana ketiga-tiga malaikat tersebut meletakkan kebahagian tersebut? Kebahagian yang semua manusia idam-idamkan??? Jawapannya……………………………

Sudah tidak ada tempat yang paling sesuai ianya hanyalah didalam HATI YANG BERSIH. hehe. Apa yang dapat kita simpulkan kat sini? For me hanya mereka yang mempunyai hati yang benar-benar bersih dan selalu menyucikannya dapat merasai nikmat KEBAHAGIAAN tu. Kadang-kadang kalau kita gembira tapi tak bahagia tidak bermakna jugak..hehe

wassalam

Posted by: atul | July 31, 2011

Inilah pokok saya maksudkan :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ok! Sambung semula cerita pokok. HAHA!

Seperti entry baru-baru nie, ada pokok kan? Alah pokok yang cantek tu. Cantek ker? Not bad lah kan. Kalau masih tak ingat sila putarkan ingatan anda ke 2 hari lepas, takpun sehari lepas. Kalau yang tak baca lagi entry tu, sendiri mau ingatlah 😛

Pernah dengar POKOK PENILAIAN? Mungkin ada yang pernah dengar atau mungkin tidak. Tapi takpela selepas anda baca entry nie sampai keakhir hayat, terpulang pada penilaian anda untuk turut sama atau tidak. Tidak.Wajib.Buat. Ikut sukalah, tapi ini saya buat 😀

Sehari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. Jadi pokok nie fungsinya menilai prestasi amal tuk’ diri aku sendiri. Kalau perasan pokok tu penuh ranting jerkan. Tiada daun, tiada buah semuanya tak rupa sebatang pokok. Yang aku lukih tu tetibe jer ada daun dah kan, tu tangan gatal sangat nak lukih daun dan aku akan padam sebelum ramadhan. hehe

Seriusly, kalau kauorang tengok pokok tu taklah cantek, umpama sebatang pokok yang kering jer. Tapi insyaAllah pokok tuh akan berbuah dan berdaun dengan cantek kalau dengan perbanyakkan amal kita nanti. Kalau nak tengok pokok tu menarik lagi rajin-rajinlah mewarnakannya. Serius cantek kan? But, terpulang pada amal kita. Jujur dan ikhlaskan pada diri dalam menjaga pokok ini.

Ok. Sini aku sertakan sedikit panduan :

POKOK– mestilah ada, kalau tak macam mana nak letak daunnya. hehe. Tapi aku terpikir gak kalau buat akuarium macam mana ek?ikan menggantikan daun. HAHA!

DAUN– menggambarkan setiap 1 waktu solat kita. For me setengah jam lepas masuk waktu dikira 1 daun. Selepas tu, daun tumbuh tapi serupa tak jadi. Ini melatih diriku supaya solat di awal waktu. ekekek

BUAH– ini merupakan amalan-amalan sunat kita like sedekah, solat sunat, tolong orang ker apa-apa sahaja amalan yang dituntut. Mengaji Quran aku tak letak dlm buah sebab itu amalan hari-hari yang insyaAllah akan sentiasa diamalkan. Nanti byk pulak buah aku dari daun. HAHA! InsyaAllah kalau sempat khatam Quran dalam bulan ramadhan nanti, adalah buah istimewa ats pokok tu. InsyaAllah

Mungkin bagi kaum wanita yang tetibe ‘dapat cuti’ bulan puasa, DAUN tak mungkin tumbuh tapi rebutlah peluang untuk BUAH kan? Untuk khatam Quran dalam bulan ramadhan, kita perlu membaca 2 helai setiap kali selesai solat. InsyaAllah habis mengikut perkiraan. Tapi kalau dah ‘cuti’ nampaknya kena berganda-ganda lah tampung semula bila dah habis ‘cuti‘ nanti. hehehehehehe~

OK. Mungkin itu sahaja yang boleh aku cadangkan. Terpulang pada diri anda atau anda dah ada perancangan lain untuk ramadhan nanti teruskan saje. Ini hanya contoh untuk siapa yang nak buat juga. Untuk itu pada semua yang berugama islam, ini video untuk anda. Hayatilah 🙂

.::.NASIHAT RAMADHAN.::.

♥ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

AL-MUBARAK ♥

Wassalam

Posted by: atul | July 31, 2011

Kau fikir perasaan kau je :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Baca tajuk pon dan jelas kan? Kebanyakan berlaku pada pasangan-pasangan yang sakan bercinta kot. Tapi jangan ingat mereka aje yang macam tu, orang yang tak pernah bercinta pun ada. Walaupun hakikatnya untuk berterus terang sangat pahit, dan nak luahkan kebenaran itu sukar TAPI kita kena luahkan juga apa yang terpedam. Betul tak? Atau ada manusia yang pendam jer. Mungkin adalah, sorang dua. Bahaya kalau pendam lama-lama, takut nanti makin melarat pulak. Better berterus-terang jer kan :0

Mungkinlah ada orang sebab nak jaga hati gf/bf dia sanggup pendam jer. Sayang punya pasal. Apa pon boleh!……..tapi percayalah benda nie bukan jadi makin baik, malah makin tak selesai adalah ! Memang kebenaran itu pahit, tapi terimalah seadanya, jangan paksa-paksa pulak. Nanti berterus terang lagibaru kau tau. HAHA!

Perasaan? Ada orang suka pendam je perasan dia sebab dia taknak orang tau apa yang ada dalam hati dia. Mungkin akulah salah sorang, ada yang boleh dikongsi dengan orang lain dan yang patut simpan je. Simpan untuk luahkan pada Pencipta-KU. isk’isk’. Memang takkan ada manusia di dunia ini, ulang: TIDAK AKAN ADA yang benar-benar faham perasaan kita kecuali ALLAH. Dia lebih tahu apa yang ada dalam HATI kita 😦

Ada tak manusia yang takde perasaan kat dunia nie? Kalau pegang kuali panas pon, tak rasa apa-apa. Ada tak? Mestilah takde kan. Kalau ada, akulah insan yang paling pening giler sebab layan orang macam ini. huhu.

Dah cuba belajar untuk paham perasaan orang lain, tapi kenapa perasaan kita tak pernah sekelumit pun orang nak fikir. Apa perlu buat? Jom. Sekeh beramai-ramai jer orang macam ini. Ok tak? huhu. Daripada buat macam tu, baik kita mengadu diatas tikar sembahyang je 🙂

Dalam wahyu yang Kau nuzulkan, Kau berjanji menerima pengaduanku, dan Kau berjanji sudi mengampunkanku, dari segala dosa yangku lakukan 😥

Posted by: atul | July 30, 2011

Pokoknya saya…………………..:D

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jom tengok pokok mahu? Mahulah, Mahulah !!

Cantik tak? HAHA! Tapi tahukah anda pokok apakah INI? 

Apa motif entry nie ada pokok jer? 

*membosankan*

Tapi kalau nak tahu juga motifnya…………

rajinlah sikit scrool 😛

OK! sikit lagi. teruskan

OK! Taknak beritahu motifnya sekarang, POKOK pangkalnya tunggu entry akan datang 🙂

Wassalam~

p/s: Inilah entry paling panjang pernah aku hasilkan. HAHA!

Posted by: atul | July 29, 2011

MUSLIMAH SEJATI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

“Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”.

“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.”

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan”.

“Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”.

“Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya”.

“Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda”.

“Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”.

“Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Kekadang terpikir juga untuk menjadi muslimah sejati. Tapi bila memikirkan aku yang dah mengetahui tapi sering tidak beristiqomah dan hati nie sering menolak. Ya, aku akui, aku manusia yang tak bersyukur. Tidak bersyukur dengan ilmu yang aku dapat. Dah tahu tapi tidak beramal dengannya. Umpama sia-sia jer kan? Sedangkan aku tahu kelak aku bakal berhadapan dengan-Nya.
Bukanlah aku tak mahu untuk menjadi seperti muslimah lain, aku takut tidak istiqomah dan bakal mengundang hipokrit. Adakah aku hanya sekadar berkata-kata selama ini? Tapi tidak dapat membuktikan melalui perbuatanku sendiri. Bukan tak pernah cuba, tapi dah cuba. Ok mungkin masih tidak mencukupi. Takut akan apakah penilaian Allah padaku? Aku takut dengan dosa-dosaku lagi. Ya Allah, bantulah hamba untuk berubah walaupun sedikit demi sedikit. Hamba takut akan penilaian-Mu terhadapku nanti Ya Allah. Kuatkanlah hatiku untuk menjadi seperti muslimah sejati yang lain. Hamba ingin selalu dekat dengan dengan-Mu 😥

Older Posts »

Categories