Posted by: atul | July 17, 2011

KEHIDUPAN tanpa UJIAN=xlengkap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Hidup ini umpama roda,

kekadang kita diatas, kekadang kita dibawah..

Kalau kita sedih ingatlah,

Ramai lagi mereka yang lebih sedih dari kita..

Yang hanya diuji sedikit ini..

tapi mereka dapat mengatasi kesedihan..

kenapa kita tidak??

Kalau tak dapat apa yang kita mahukan sekarang,

mesti Allah dah sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita nanti…kan?

yang penting sabar dan tabah untuk terima ujian sekecil ini..

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari…
Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat…
Puas kita menangis, mencari di manakah matahari
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI YANG INDAH

sabarlah wahai akma, Allah sedang mengujimu..Dia tahu akma mampu tanggung ujian nie..ok..sabar3..oh cukup2..tamao sedey2..bersangka baik dgn Allah..k..chill..chill…rezeki ada dimana-mana ;)

Posted by: atul | July 14, 2011

Perasaan bercampur baur

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Esok hari penentuan bagi semua pelajar stpm/matrikulasi/asasi sama ada berjaya ke IPTA atau tidak. Perasan sekarang? Sukar diramal. Adakah ayat yang bakal diterima esok ” Sukacita dimaklumkan” atau “Dukacita dimaklumkan“. Redha jelah sebarang kemungkinan yang berlaku esok. Kalau ada rezeki adalah, kalau takde di upu mungkin dekat lain. Tambah-tambah lagi dengan keputusan yang seciput, harapan nak dapat pun sangat tipis. Hanya Allah saje yang dapat tolong sekarang. Dia yang menciptakanku, Dia lagi tahu apa yang terbaik untukku. Yakinlah itu..(apesal ttibe rase berair je mata nie)..huuu

Tak sanggup lagi nak menaip. Terlalu emosional sekarang T____T. Entry nie di taip pukul 12 tghari khamis. Adakah 12tghari hari ini sama dengan 12 thari hari esok? Wallahu ‘alam

Posted by: atul | July 12, 2011

Sebelum dan Selepas? Bestttt !!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari sebelum blind date ramai-ramai 11/7/2011

Takut? Gementar? Malu? Tapi yang pasti takut. Bukan takut dengan budak-budak yang nak gath tu tapi dengan penerimaan umi dan abah. Agak-agak umi bagi ke aku keluar gath dengan orang yang aku tak pernah jumpa? Risau jugak kalau-kalau jawapan yang bakal diterima “Tak Boleh”. Tapi nak taknak malam sebelum tu kena tanya jugak minta restu izin .Kalau takboleh, nak pujuk sampai boleh. First mesti tanya umi dulu. Tanya pulak lepas umi baru siap sembahyang. Mungkin waktu tu tenang cikit hatinya kot. Hehe

Anakanda : Umi esok ore nak g KB boleh?

Bonda : Nok g ngan sapo? Naek gapo? *soalan yang memang aku dh jangka. Jd xpyh tkezut sgtlah*

Dengar soalan macam tu pon rase taktaula boleh join ke tak. Tapi terpaksa juga jelaskan kat umi, first name yang aku guna pakai Nur Liyana. Dia budak group jugak yang aku kenal kat Friendster dan yang pasti dia orang FIRST dalam alam maya yang aku jumpa di alam realiti. Orangnya baik+cute. Hehe. Sempat lagi puji tu. Syukur, Umi masih kenal dia. Tapi pointnye, aku bukan nak keluar ngan die berdua jer. Tapi beramai-ramai. Lame cikit baru aku terangkan ada lagi budak lain dalam group tu yang aku nak jumpa. Aku tau umi risau kalau nak jumpa orang yang memang tak pernah jumpa lagi. Lebih lagi di alam maya. Tapi lepas dah terangkan yang aku dah lama kenal mereka, barulah umi bagi kebenaran pergi. Yay! Terima kasih umi! Sayanggg umi !!

Abah pulak sekarang? Abah aku terangkan pagi masa hari gath. Dengan abah mungkin senang cikit. Soalan abah dan umi same je. Nak pergi dengan siapa? Naik ape? Nak tau jawapan die, ulang balik jawapan aku dengan umi semalam jer. Huhu. Abah kata “Pergilah. Jaga diri molek sano nanti”. Ok abah. Anakanda paham dan akan ingat pesanmu. Sayangg abah !! Anakanda tau umi dan abah sayang anakanda kan? Hehe. Bersyukur sangat ada parents yang selalu ambik berat tentang diri nie. Kalaula dapat parents yang tak kesah kemana anak die pergi, taktau la macam mane. Agak-agak, next time kalau nak keluar lagi, pama bagi tak? Hehehe~

*****************************************************************************************************

Hari gath beramai-ramai. 12/7/2011

Selesai sudah gath dengan budak group91. Selama nie selalu balas-balas komen, post kat group, bergurau, bersenda, bergelak, bergila dan banyak lagi ‘ber’ semuanya hanya di alam maya. Bila di alam maya gebang jer semua berborak, tapi bila dah jumpa semuanya malu, termasuk aku. Ceh =.=! Nie first time jumpa mane tak malu. Len lah kalau dah jumpa berkali-kali, mungkin taklah malu sangat. Kan?kan?

Gath yang nie seramai 6 orang jer. 3 lelaki 3 perempuan. Tapi best sangat dapat gak jumpa mereka-mereka. Amalina(naa), hanif(anep), azuha(juha), aizuddin (din) 4 orang yang pertama kali aku jumpa, dan yang tidak asing lagi Nur Liyana (yana) dah banyak kali dah jumpa. Kalau kira, masuk yang terbaru  nie dah 4kali aku jumpa dia. Hehe. Jodoh katekan. Haha….*mengarut sudey*

Seperti perancangan asal kita orang ke KBMall. Anep yang tolong drive kan. Jadi tak pelulah aku menyusahkan diri naik bas, dah ade orang baik hati bawak ke KBMall kan Anep kan. HAHA! *mcm die bc je* . Kat KBMall jalan-jalan cuci mata jela, semua malu-malu kucen ag. Sambil tunggu Din sampai maka berjalan lah lagi kami. Ye kami memang suka berjalan. Habis seme tingkat kitaorang redah. Naik turun,turun naik, naik balik, turun balik, biarpun lalu tempat same jer ==! Tunggu-tunggu Din pun sampai makanya amik keputusan pergi food court. Nak tunggu Juha yang dengan kelas memandunya lambat ag. Hehe. Ape-apepun thank a lotsssss to Anep belanja kiteorang air. Sedaplah air free. HAHA! Bosan tawaf  KBMall kiteorang ikut Anep pergi CIMB then terus ke BILLION. Pergi sane hanya untuk sembahyang jer. Jalan-jalan jugak, solat jangan lupe. Hehehe~

Lepas ke BILLION ke KBMall. Again? Yup again. Pi mai pi mai tang tu jugak. Juha dah tunggu kat KBMall, so nak jumpa kat sane jela sambil makan sekali. Aku agak orang kat food court tu mesti pelik semacam jer, pagi tadi dah makan situ, petang ade lagi situ. Tak balik ker budak-budak nie. Haha….Biaq pi la depa kan. Makan-makan then jalan-jalan, amik seketul dua picture tanda kenang kenangan. Huhu.

Lepas tu dipendekkan citer, balik la oii dah lewat. Hehe. Thanks Anep again, sudi hantar kiteorang. Harap-harap lain hari kita boleh jumpa lagi beramai-ramai. InsyaAllah, pastikan nanti plan baik punye hokei. Jangan takde hala tuju pulak. Ngeee~~

Wassalam

Posted by: atul | July 10, 2011

Semua nak SEGERA sekarang !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Sememangnya manusia sukakan sesuatu dengan kadar segera. Nak sesuatu mestilah cepat aje. Macam aku. haha. Umum mengetahui apa itu makanan segera kan? Alah makanan yang boleh dapat kat kedai-kedai tepi jalan ker, premis-premis yang ade sediakan perkhidmatan penyediaan makanan yang CEPAT dan SELESA. Lebih-lebih lagi sekarang kita tengok semua wanita dah berkerjaya, mesti takde masa punya nak masak-masak segala (ok! certain aje), Jadi mereka lebih cenderung beli makanan segera sebab cepat dan mudah. Kalau masak lambat pulak, balik-balik kerja nak masak lagi. Letih lagi bla bla bla..Maka jalan penyelesaian sudah ada, buat apa susah-susah……………………..

Ye encik, nak makan ape?aye ado, bege ado, kete ado
Saya sukakannya. I loikee ;p

Macam sedap jer =="

Tapi bolehke kite ambil makanan segera nie sbgai sajian kite? hmm jawapannya boleh TAPI hanya sebagai sebahagian daripada sajian kite jelah. Ulang sebahagian bukan secara total. Pilih dan ambillah makanan segera sekali atau 2 kali sebulan ker, kalau hari-hari makan makanan segera, bermacam-macam penyakit boleh datang. kan? kan? kan? Memang tak dinafikan makanan segera nie sedap, makan sekali rase nak makan lagi. Tapi disebalik kesedapan kita tu ada bahan lain yang menyedapkannya salah satunya MSG.

Inilah beliau dimaksudkan

Bukan nak kata aku tak pernah makan makanan segara di premis-premis berkenaan, tapi makan jarang-jarang ajela. huhu. Contohnya kelmarin baru pergi makan McD untuk bulan nie. Sebulan sekali jer kalau dengan family. Kalau kawan-kawan ajak mungkin boleh jadi 2 kali  sebulan takpun 3kali sebulan. Errr~~ Tapi baru nie pon aku makan seketul ayam jer pun dengan kentang+air. Kira tak banyak pooonnn kan.kan HAHA! Sebab waktu tu aku dah kenyang kott..kott..Pergi nie pun adik bongsu aku yang beria-ria ajak, kalau takpergi pun. hehe

Cerita tentang makan segera, semalam aku ada tengok satu video nie. Giler-punye-pengotor-pekerja-KFC. Taktaulah nak kata apalagi, melayu sendiri yang merosakkan bangsa sendiri. Bukan satu dah aku tengok, banyak lagi. Tapi salah satunya cam kat bawah nielah……..

Cukup pengotor. Jijik. Tak pikir customers dah. Pikir diri sendiri buat kerja senang jer. Even customers tak nampak apa yang mereka buat dibelakang, tapi Allah nampak. Hmmm…Tak taulah nak makan KFC lagi ke tak pasni. Makan/Tidak makan…..*tersepit*

Kesimpulannya, anda pilih sedap atau sihat? Semuanya terletak pada diri anda semua dan diri saya (:

Wassalam

Posted by: atul | July 8, 2011

Kek Batik S.I.M.P.L.E :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Suka makan kek batik tak? Aku suka jugaklah makan kek nie sebab dia simple je nak buat berbanding kek lain. Jadi hari ini nak ajar cara buat kek batik simple. Kira kalau malas pon boleh buat. Tak sampai 10 minit pun. Tapi kalau dah malas tahap apatah, baik tak payah buatlah, risau tak jadi jer. huhu

Masuk ini dah kali ketiga aku buat kek batik. First time aku buat, tak berapa nak jadi tapi not bad la. Baru percubaan  kali pertama. Kali kedua dah tau apa yang patut letak lepas tu, lepas nie. Jadi nie kali ketiga. Resepi yang nie aku adjust sesuka hati aku je, harap-harap siapa yang nak cube bolehlah. Sedappp jugak !!

Bahan-bahan yang diperlukan :

1 paket biskut marie (350 g) *patah kepada 4*

125 g marjerin (Disebabkan ketiadaan butter cup, jadi aku ganti dengan marjerin. Suka hati aje kan!)

1 biji telur

1 cawan milo

setengah tin susu pekat

1/2 cawan air

Cara-caranya ialah :

1-Masukkan marjerin (kalau ada butter lagi baik) ke dalam periuk atau kuali. Biarkan sehingga ia mencair.

2- Masukkan milo dan tambah sedikit gula. *sedikit je sebab nanti kita nak masukkan susu pekat pulak ye*. Kacau-kacau dan jangan sampai die berketul-ketul.

3-Masukkan telur(kacau dulu) seterusnya tambah 1/2 cawan air ke dalam kuali atau periuk.

4- Masukkan susu pekat. Bila dah mendidih dan tidak berketul-ketul bolehlah tutup api. Kendian bolehlah masukkan biskut marie yang dipatah 4 ke dalam kuali. Kacau bagi semua biskut rata dengan campuran coklat tadi. Lastly bolehlah mampatkan biskut tadi ke dalam loyang semampat-mampatnya.

Lepas dah mampatkan tu, simpanlah dalam peti sejuk. Biar coklat tadi keras sedikit baru sedap makan. Dalam beberapa jam kendian bolehla kauorang nak makan sepuas-puasnya kek tersebut ;p

Selamat Mencuba. Simple aje aku ajar kan? Biasalah aku malas nak buat yang guna banyak lagi bahan. Itu pun aku buat yang simple jer.. haha….

Taraaa~~

 

 

Posted by: atul | July 1, 2011

Jalan-jalan yok !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dengan ajakan mak saudara aku, sekali lagi kami outing. HAHA! Macam baru keluar dari kepompong je. Boleh ke guna word outing? Cam budak2 hostel keluar plak :P Nak keluar ngan family boleh aje, tapi kena tunggu salah seorang free, keluar ramai-ramai dengan family baru bestt. Nak ape-ape mesti dapat. huhu.

Malam semalam plan asal nak keluar pergi TECSO saje. Tup-tup sampai ke KBMall. Apesal jauh sangat tersasar tu? Semuanya disebabkan pak saudara aku salah faham, ingatkan mak saudara aku nak pergi sane, jadi berjimba-jimba la aku kat kbmall. Jalan-jalan cuci mata sambil-sambil teman mak saudara aku beli handbag. Banyak betul yang cantik-cantik. Memang sepadan dengan harganya ;p. Sambil ralit carikan untuk mak saudara aku, dapat pulak offer  dari mak saudara aku. “Nak ambikla mano hok kene”. Erkss kalau ikut kata hati semua nak beli, tapi disebabkan situ mahal sangat bagi akulah, tak sampai hati nak ambil yang mahal even mak saudara aku offer. Lastly aku tak beli pon, tgk ajela. huhu

ada jugak handbag macam nie ye?Tak sanggup aku nak mengepitnya. HAHA!
Mane-mane keyboard yang rosak, boleh recycle OK !

Kalau nak ikutkan, manusia boleh reka bermacam-macam jenis bentuk hangbeg. Terpulang pada pemakainya berani atau tidak. Eh, cute jugak beg kat bawah nie kan?kan? Mintak satu ;p

Saya Mahu ! Saya Mahukannya!

Mahu yang ini ^_^

Sekali sekala pinky. tak salahkan?

Oh ! Yang ini pon cantek. Mahukannya juga *_*

Berstyle !

HAHAHA! Kalau ikutkan hati nafsu segala semua nak. Tapi agak-agak laa oii. buat masa sekarang, berangan kejaplah. Nak dapat belum tentu lagi. HAHA! Nak kena tunggu kaya dulu r nampaknye. Kumpul aset-aset dulu, baru boleh beli. huhu

Habis melilau sekitar KBMall, handbeg pun dah berjaya dirembat apalagi go homelah. Pergi jalan-jalan dapat handbeg saje. Ingatkan keluar nak beli bahan-bahan masakan segala, lauk-lauk untuk memasak. Tapi kalau pergi KBMall, tempat jual barang-barang dapur pun aku tatau kat mane. Sesat dalam KBMall sajelah. Kalau Tecso memang aku dah expert. Ecehceh ! Bagi aku, KBMall kalau nak pergi untuk jalan-jalan, cuci mata bolehlah. Tempat pun luas barangan pun agak mahal, opss semuanya branded.

Jadi aku lebih prefer Tesco kalau nak borong barang. Taklah sesak sangat. KbMall ramai sangat umat disane, tempat budak-budak remaja banyakla lepak sane. Tesco bagi mak-mak aje pergi. Lauk disana murah-murah. Memang berbaloi ! Aku ikut ajela nak pergi Tesco ke KBMall ke Giant ke. Eh Giant!. Kena pergi nie. huhu. Dalam KBMall semalam nak cari pintu keluar pun susah, haih ! Sebelum jumpa pintu keluar, dapat offer sekali lagi. Mak saudara offer suruh pilih kalau ada wristwatch yang berkenan. Habuan buat assignment punya psal. HAHA! Akhirnya……….

Akhirnya jam diatas hanyalah contoh saje. HAHA! Aku tak beli pun, mahal sangat. Taknak la ambil kesempatan, mentang-mentang dapat offer boleh ambil mane-mane aje. Aku rindu jam tangan aku yang dulu. Hilang entah kemana lepas pindah rumah. Dimanakah kau? Daku masih tidak sanggup menerima yang lain lagi selagi tidak menemukanmu. Huk3

Entry terpaksa ditamatkan di sebabkan penulis bersedih diatas kehilangan jam tangan kesayangnya yang telah hilang jejak entah kemana selepas pindah rumah. Fuh panjang giler ayat. Takde titik ! Sape baca dengan satu nafas aje, mesti sedap suara die bila mengaji. huhu

Wassalam

Posted by: atul | June 27, 2011

Goblog = GO BLOG

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Blogspot? Ramai sekarang yang guna blogspot berbanding wordpress. Majoritinya macamtulah. Sekarang aku dah guna wordpress mungkin agak sukar untuk mereka yang guna blogspot nak komen atau follow blog nie. Buat masa sekarang masih lagi berjinak-jinak dengan wordpress. Yang paling aku suka dengan wordpress die sangat advance OK! Sungguh taktipu. Tapi malangnya aku masih taktau lagi ape fungsi setiap satu. Blogspot pon okeh tapi aku lebih prefer wordpress, dan akan tetap dengan worpress dalam setiap penulisan aku, Simple!

Yang mana satu idaman kalbu?

Untuk harini aku akan listkan blog sama ada dari blospot mahupun wordpress yang selalu aku baca. Just as silent reader. hehe. Susunan mengikut keutamaan.

TOP 1

http://keretamayat.blogspot.com/

Blog seorang yang aku pon takdapat kenal siapa. Dan dia pon merahsiakan identitinya. Blog dia sangat best ! Kekadang tertunggu entry-entry baru. Segala entry yang dibuat merupakan soalan dari email yang dia terima. Penulisan yang kekadang lawak, kekadang serius. Yang aku suka bila baca blog dia rasa macam seorang kawan tengah bercakap dengan kita. Dia terus straight to the point. Bukan dari blogger kepada blogger yang lain. Dalamnya juga banyak nota-nota ugama. Penjelasan dia kasi mudah paham. Pernah 3 jam aku baca blog dia sehari. Ulang-ulang entry pon tak bosan mana sebab ada banyak input. hehe. Bagi yang tak boleh terima lawak die mungkin rasa takbest. kot.

TOP 2

http://www.solihinzubir.com/

Blog yang nie pon best. Aku suka gaya penulisan dia. Banyak message yang disampaikan. Mungkin dah ramai tau pon. Dia memang femes. Jadi jom follow blog dia bagi siapa yang tak follow lagi :) . Aku nak follow takboleh, takpelah aku baca aje. huhu

TOP 3

http://syahrilkadir.wordpress.com/

Blog seorang wartawan. Kagum betul aku bila tau yang dia dah buat liputan ke pelbagai negara ASEAN. Kekadang entry die boleh buat kita gelak sorang-sorang. Penulisannya pun agak santai. Macam blog santai bersama Ben Ashaari. HAHA! Lebih kuranglah! Apabila blog seorang wartawan jadi paham-pahamla setiap isu semasa akan diupdate. Tapi yang menariknya disini, setiap tempat kekadang tv pon takde siarkan, dia akan menceritakan segala-galanya. Biasanya kalau kita tengok dalam tv takde yang belakang tabir semua kalau kat mahkamah ke, tapi bila baca blog dia kita dapat tau apa yang berlaku disebalik tu. Jeng jeng !

TOP 4

http://nesloo.blogspot.com/

Blog yang nie perlu ke aku perkenalkan? Rata-rata dah tau dh pun blog nie kan. Orang femes macam beliau maunya tak kenal. huhu. Penulisan dia pon aku suka gak. Memang bersahaja. Lawak pon ada. Tapi yang sungguh tak sangka upenye dia seorang ustaz, tapi gaya penulisan dia blog mati-mati aku ingat dulu die pensyarah kat universiti mana-mana ke ==! Blog dia slalu gak update. Ok tunggu apalagi, sekarang dah boleh pergi baca blog dia. Jom ramai-ramai follow blog aku beliau.

Cukuplah. Kalau nak listkan memang banyak. Kalau rajin nanti aku kasilah lagi. Buat masa sekarang simpan dulu, buat modal bila kekeringan idea nanti. HAHA! Percayalah, blog juga boleh menjadi wadah penyampaian kepada insan lain. Kalau dengan blog kita boleh menyampaikan secara tidak formal, TAPI walaupun dalam keadaan tidak formal pun cara penulisan kena JAGA juga. Takut nanti keterlaluan jadi bahan hentaman free-free. hehe. Lastly, dengan baca blog juga kita boleh dapat menambahkan ilmu, tapi pastikan pandai cari blog yang banyak input boleh kita dapat melaluinya :)

Wassalam.

Posted by: atul | June 26, 2011

TEMAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Pagi semalam dengan ajakan mak saudara aku berkesempatan lah jugak menjejak kaki ke TEMAN. TEMAN merupakan singkatan dari Terminal Agribisnes  Negara. Tapi bila aku pikir macam mane boleh jadi singkatan TEMAN? Akronim tak same pun ! Lantaklah yang tu, aku bukan nak cerita betul ke tak akronim die tu. hehe

TEMAN merupakan sebuah organisasi milik penuh FAMA yang memegang peranan sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan. Operasi Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) adalah berteraskan kepada suatu sistem pemborongan dan pengedaran yang berintegrasi di mana transaksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat. (sumber : website fama). Ok! Masuk nie dah dua kali aku pergi TEMAN. First time pergi tu pun dah nak tutup dah. Jadi kali nie pergi awal dari biasa dapatlah tengok macam-macam gerai ado. Dari bahan basah-basah hinggalah bahan makanan kering-kering. hehe

Tempat nie macam Pasar Tani Mega lah. Tapi jangan risau tempat parking memang banyak. Anda mesti berpuas hatilah! Itu belum time jalan-jalan tengok barang jualan lagi, mesti rambang mata punye! Waktu aku pergi tu ada acara poco-poco dan pertandingan segala macam. Kalau nak berkunjung kesitu, datanglah hari SABTU, disebabkan time itulah besar-besaran. Kalau beli katsini bahannya mungkin agak murah sikit dari tempat lain. *I guess*

Sambil jalan-jalan tu sempatlah jugak borong seketul dua barang bawak balik. Borong buah-buahan, isy takmau la guna word borong macam banyak je beli. huhu. Kitaorang sempat la membeli sayur-sayuran dan untuk makanan tengahari nanti iaitu ;

Jemputla tengok ;p *ihsan google*

Ya! Pizza. Siapa tak kenal memanglah.Inilah makanan tengahari kami. Makanan orang putih gitu. :P

Tidak ketinggalan kami turut meratah ini :)

Mungkin ini agak kekampungan sikit. Asyik barat saje. Mestilah adilkan. Ok boleh camnie?

Ada lagi yang kami makan. Tapi cukuplah. Sibuk aje kauorangkan  nak tau kan. HAHA! *padahal dia jugak yang beria beritahu tadik*. Oklah sampai sini dulu. Anda semua tunggu apalagi. Marilah beramai-ramai ajak teman-teman anda ke TEMAN. Saya sudah pergi, anda bila lagi?*berlagak*

Wassalam

Posted by: atul | June 24, 2011

BACALAH !

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Entry ini agak berilmiah. Sila jaga tatatertib anda sebagai pembaca senyap ;p

Ingat lagi waktu aku belajar Syariah dulu, asal masuk bab usul fekah mesti jadi slow+blur-blur ayam . Mana tidaknya, bahagian usul fekah adalah bahagian untuk memahami pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Jadi aku sebagai pelajar yang bukan sejak awal aliran agama, memang agak sukar nak terima apatah lagi nak paham. Disebabkan pakej subjek, maka ambillah jugak. Dan jujur aku cakap, aku tak pernah menyesal ambil subjek Syariah. Subjek yang banyak ilmu agama yang aku taktahu, dan banyak yang aku dah tau selepas belajar. Bagi budak aliran agama dari awal mungkin bonus bagi mereka bahagian nie. Aku lebih prefer bahagian FEKAH dari USUL FEKAH sebab fekah lebih kurang macam PAI tingkatan 5 cuma ditambah sedikit dengan pendapat ulamak serta dalil-dalilnya.

Didalam bahagian Usul fekah, akan ada satu tajuk khas tentang pengambilan sumber hokum yang mana salah satunya  ialah AL-QURAN. Al-Quran ialah kitab suci yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Di dalamnya mengandungi pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap untuk panduan umat Islam dan keselamatan seluruhnya. Al-Quran diturunkan oleh Allah kepada semulia-mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia-mulia malaikat iaitu Jibril, pada semulia-mulia bulan iaitu bulan Ramadan, di semulia-mulia tempat iaitu Mekah, dalam semulia-mulia bahasa iaitu bahasa Arab. Lihat ! al-Quran telah menunjukkan semua bentuk kesempurnaan dan kemuliaan didalamnya.

BACALAH,,BACALAH,,BACALAH

Intro aje dah panjang. Kalau nak bahas panjang tentang kelebihan, adab semua memang banyak. Pointnya kat sini aku bersyukur dapat khatam quran untuk kali kedua. Ye, baru dua kali aku khatam. Dalam usiaku yang 20 tahun baru dapat khatamkan 2kali. Betapa hinanya aku T_____T. Tak ingat usia bila aku khatam, yang ingat lepas aku khatam dulu terus jarang-jarang baca al-quran kekadang tak baca langsung. Teruk kan aku? Ini bukanlah untuk membuka pekung didada tetapi sebagai renungan bersama.

Sekarang aku dah dapat kesedaran untuk terus  membacanya dan mohon agar Allah jadikan aku seorang yang istiqomah dalam membaca kalam-Nya. Amin. Walau apa-apa pun bagi aku bukan berapa kuantiti yang dikira tetapi kualiti yang kita dapat apabila membacanya. Khatamlah quran dengan dapat memperbetulkan tajwid dengan baik, ikut cara bacaan yang betul dan memahami isinya.

Bacalah doa ini selepas khatam

Allahummarhamni Bil Quran
Waj’alhu lii Imaaman Wa Nuuran Wa Huda Wa Rohmah
Allahumma Dzakkirni Minhu maa Nasiitu
Wa’allimni Minhu maa Jahiiltu
Warzuqnii Tilaawatahu
Aana Al Laili Wa Aana An Nahaari
Waj’alhu lii Hujjatan
Yaa Rabbal ‘Alamin

Ya Allah Kasih Sayangilah daku
dengan sebab AlQuran ini
Dan jadikanlah AlQuran ini
sebagai pemimpin
sebagai cahaya
sebagai petunjuk
dan sebagai rahmat bagiku

Ya Allah ingatkanlah daku
apa-apa yang aku lupa dalam AlQuran
yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan karuniailah daku
selalu sempat membaca AlQuran
pada malam dan siang hari
Dan jadikanlah AlQuran ini
sebagai hujjah bagiku

Ya Allah Tuhan semesta alam

Ramadan pun dah dekat. Jom ramai-ramai khatam Quran dalam bulan Ramadhan. Kalau orang lain mampu, kita juga mampu buat. Anda tak mampu mengubahnya. :)

Posted by: atul | June 24, 2011

SibuK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari nie baru lega dapat update blog. Mungkin agak lama tak update disebabkan aku yang perasan sibuk. Tapi memang sibuk jugaklah. Disebabkan sibuk juge aku dah mula rasa bosan. Sangat bosan! Bilalah nak sambung study lagi nie. Kalau ade rezeki dapat memana bulan 9 baru dapat study balek. Andaikata takde tak tau lagi bulan berapa boleh study. Hmm. Boleh mati kebosanan macam nie. :) Duduk rumah buat kerja sama aje. Sumpah bosan giler ! Aaaaa~!! Kalau nak cr kerja, nak kerja apa? Yang tu mimpi ajelah, parents aku suruh kerja kat rumah aje T___T

Selain kerja sehari-hari yang biasa dibuat, kini tambah lagi satu kerja aku. Buat assignment. Wah! Tadi kata tak study lagi, tapi dah ada assignment segala. Apa aku tipukah? Takdela, assignment tu mak saudara aku punya, aku cuma tolong mana yang patut aje. Tolong cari bahan termasuk menaip. Tambah-tambah aku tengah cuti panjang, makanya ramai orang tak boleh tengok aku senang lenang, ade aje kerja nak kasi. Huhu. Lagipun, sambil tolong tu bolehla aku belajar cikit-cikit, mana tau nanti time aku kena buat assignment, taklah terkezut sangat sebab aku dah biasa buat! Eceh, Jadi sekarang schedule aku sangat padat OK. Sila memahami. HAHA! *padat sangatlah*

Jadi aku nak stop dulu sebab aku perasan sibuk. Beberapa hari sudah aku dipinjam oleh mak saudara aku. Tapi tak kisahlah asalkan ada pengerasnya. Hihik. Ikut berapa nak bagi, aku ambil aje. Rezeki jangan ditolak, bala jangan dimintak. Kalau tak dapat upah pun takpe jugak. Rezeki Allah itu ada dimana-mana dan boleh dicari. OK.

Wassalam

 

 

 

 

« Newer Posts - Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.